Keterujaan para pelancong dalam negara untuk melakukan aktiviti
melancong setelah melalui 2 tahun yang penuh cabaran disebabkan
oleh pandemik memberi inspirasi untuk pengkaryaan lagu tema
Cuti-Cuti Malaysia Versi ke-2. Persembahan “genre” muzik
berirama Pop Etnik dengan kombinasi “world music, hip hop dan
EDM (Electronic Dance Music) memberi satu perspektif baru untuk
menyampaikan mesej menerusi lagu tema ini.
Klip video yang dihasilkan juga membawakan kompilasi pemandangan
yang menjadikan negara ini destinasi percutian yang tidak dapat
dinafikan untuk semua peringkat umur. Ia memaparkan
tarikan terbaik negara, daripada kepelbagaian budaya, pantainya
yang menakjubkan, alam semula jadi yang mengagumkan.
Lagu tema Cuti-Cuti Malaysia Versi ke-2 berjudul “Menemui Semula” membawa para penonton merasai pengalaman dan pengembaraan yang menarik dan unik – baik percutian bersama rakan-rakan dan keluarga, mahupun bersiar-siar menikmati keindahan dan keajaiban produk pelancongan dalam negara. Inilah intipati pesona Malaysia; ringkas tetapi pelbagai, moden kaya dengan tradisi dan pengalaman yang berwarna warni.